Thursday, May 14, 2015

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR PADA ABAD KE-20

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan pembentukan negara bangsa di Mesir
Mesir merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Penduduk asal Mesir ialah orang fellahin.Pembentukan negara bangsa Mesir bermula apabila Mesir cuba mengasingkan diri daripada penguasaan pemerintahan Uthmaniyyah.Berlaku beberapa percubaan untuk membebaskan beberapa kawasan dari penguasaan Turki Uthmaniah tetapi gagal kerana gerakan ini tidak mendapat sokongan rakyat berbangsa Arab yang lebih mengutamakan hubungan keagamaan.Ali Bek al-Kabir cuba membebaskan diri daripada Turki Uthmaniah pada separuh kedua kurun ke-18. Beliau menghalau Pasha Utmaniah dan mengawasi angkatan tentera Utmaniah. Beliau cuba menguasai Syria dan menggabungkannya dengan Mesir.[1]
Faktor pembentukan negara bangsa Mesir :
a. Penjajahan Perancis terhadap Mesir – membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman nasionalisme dan demokrasi.[2] Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga  telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti membuka kilang senjata.,mengadakan perkhidmatan percetakan dan menerbitkan akhbar dan menggalakkan pengkajian dalam bidang sains.[3]

b. Dasar pemerintahan Muhammad Ali Pasha –
Muhamad Ali Pasha merupakan tokoh pembaharuan dan pembangunan Mesir moden. Muhamamad Ali merupakan pemimimpin angkatan tentera yang dihantar oleh Sultan Salim III yang berpakat dengan British untuk merampas Mesir dari tangan Perancis. Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir.[4]

      Pada awal pemerintahannya, Muhammad Ali berusaha mengambil hati para ketua kaum sebagai membalas jasa mereka.Sedangkan beliau sebenarnya menunggu masa yang sesuai untuk mengenepikan mereka. Akhirnya beliau mencapai matlamatnya dan memerintah Mesir secara diktator.[v] Menerusi Perjanjian London 1840, Britain menewaskan Ali Pasha dan mendesak beliau berundur dari Mesir. Era pasca Muhammad  Ali Pasha diteruskan oleh anaknya, Khedif Ismail. Namun pengganti-pengganti Ali Pasha terutamanya Ismail banyak dilanda masalah. Khedif Ismail berhutang sebanyak 100 juta pound Euro dengan bank-bank Eropah. Ini membuka pintu kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam pentadbiran Mesir.[5]  
Pembaharuan bidang ketenteraan.
Jurulatih tentera dari Barat dijemput untuk melatih tentera Mesir. Pusat latihan ketenteraan ditubuhkan.
 Pelajar Mesir dihantar ke luar negeri.
Meningkatkan ekonomi rakyat dengan pelbagai pembaharuan.
 Aktiviti penterjemahan.
c. Pemberontakan Urabi –
pemberontakan pertama oleh keturunan asal (fellahin) menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan
Turki-Circassia. Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir.
d. Dasar penjajahan British :
. Dasar diskrimanasi British dalam pentadbiran mewujudkan golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah kepada nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa British.
. British menggalakkan rakyat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan idenditi Mesir.
. Di sekolah agama dan sekolah rendah, British menggalakkan penggunaan dialek tempatan (bahasaMisriyah atau Amiiyah) dalam pengajaran. Ini mengukuhkan identiti bangsa Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami
bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.
e. Kemerdekaan Mesir
1922 Britain isytihar kemerdekaan Mesir
18 jun 1953 Mesir menjadi republik.Jeneral Muhamad Najib mengetuai pemberontakan tentera yang disokong oleh rakyat sehingga mencetuskan Revolusi 23 Julai 1952. Raja Fuad I menyerahkan takhtanya kepada Ahmad Fuad II  dan Mesir menjadi sebuah republik. Jeneral Muhammad najib menjadi Presiden Mesir pertama



[1]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 397.
[2] “Faktor pembentukan negarabangsa Mesir”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,236.
[4] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 315.
[v]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan  Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 399.
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 315.

No comments:

Post a Comment